Thursday, 21 April 2011

AL huffaz,,,SiApaKah?? Al Quran,,ApaKaH??

sobahul mubarakah,,=))
hajat dihati ngin bertinta,,
sekadar berkongsi dgn semua,,
ayuh bersama kita membaca,,
semoga dpt beri pedoman kpd kita,,
I_I


jom2 baca,,maudhu' ataupun tajuk kali ni al huffaz dan al quran ek,,siapakah yg dikatakan al huffaz itu?? dan apekah yg dikatakan dgn al quran?? apekah tanggungjawab sebagai seorang huffaz?? jom kte search n baca la kt bwah tue,, =p,,

                  Title'al-Huffaz' bukan penyukat keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Bukan juga tali ukur ketinggian amalan kita di sisi-Nya. Dan bukanlah penentu mendapat ganjaran syurga secara mutlak. Ianya sebagai sandaran dan pendorong ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Tak diciptakan al-huffaz di muka bumi selain daripada untuk memelihara dan mengekalkan kesucian dan kehormatan al-Quran. Jadi berusahalah menjadi para huffaz yang sejati dan diredhai-Nya.

                   Bukanlah dipampangkan di dada-dada para penghafaz al-Quran gelaran al-Hafiz sebagai kebanggaan pada pemiliknya. Bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk status diri sebagai seorang yang rajin menghafaz al-Quran, tanpa sedar yang kelebihan menghafaz itu sebenarnya kurniaan dari Allah kepada diri yang serba kekurangan. Maka celakalah bagi mereka yang memperlakukan sedemikian kerana mempergunakan al-Quran sebagai mahkota keangkuhan untuk diri sendiri. Sesungguhnya hanya Allah yang layak bermegah-megah dengan kekuasaan-Nya.

                   Sebaliknya apabila dikurniakan status tersebut, semakin tunduklah kita dari pandangan manusia, semakin jauhlah kita dari segala kecelaan dan kejahatan dan semakin dekatlah diri kita dengan Allah S.W.T. Adapun yang memuji-muji, jadikan ia sebagai ikutan untuk orang lain menjejaki, bukan sebagai mahkota untuk mengangkat diri. Huffaz bukan sahaja mereka yang menghafaz ayat-ayat al-Quran malah mereka juga menghayati dan beramal dengannya. Renungi diri, kitakah al-Hafiz yang seperti berikut.

                  Jagalah akhlak kerana isi kandungan al-Quran adalah akhlak Rasulullah dan baginda merupakan sebaik-baik makhluk di muka bumi. Apa gunanya jadi 'penghafaz al-Quran' kalau akhlak tidak mencerminkan peribadi al-Quran? Apa gunanya jadi 'pemelihara kalamullah' kalau suruhan dan perintah al-Quran tak dituruti? Bermanfaatkan menjadi 'pencinta qaulullah' jika amaran dan larangan al-Quran tidak diendahkan?

                   Al-Quran merupakan hujah yang teragung kepada kita untuk menentang dan mematahkan kata-kata kaum musyrikin dan kafirin dalam setiap perdebatan dan persoalan. Setiap dalil yang dipetik dan dikeluarkan dari al-Quran tiada sangkalan lagi. Bahkan setiap ayat daripadanya tidak mampu dipertikai dan diubah melalui akal manusia walau sedalam mana sekalipun. Tetapi janganlah lupa, al-Quran juga boleh menjadi hujah keatas anda selaku pemelihara ayat-ayatnya. Takutlah pada pensaksian al-Quran kerana al-Quran adalah saksi yang teragung kepada anda dan juga ke atas anda di Mahsyar kelak.


                   MasyaAllah,,agungnya kitab suci Al Quran tu kan?..ape kita sedar semua itu?? kalau disoal,, adekah kita betul2 cintakan kitab Allah itu??
'Saya sangat mencintai Al-Quran..kat rumah saya banyak Al-Quran..sampai TAK cukup almari nak letak Al-Quran'..itu ke jawapan kita??..
Tak ada faedahnya,,kalau kita ada banyak Al-Quran tapi kita TAK pernah sentuh,,TAK pernah baca,,TAK pernah hayati..cintakah kita pada Al-Quran??..
Cintakah kita pada surat cinta ALLAH,,
Kalau cinta kita hanya pada kata-kata??..
Tidak pada kesungguhan kita,,meluangkan masa untuk membacanya..
Cuba untuk memahaminya..cuba untuk menghayatinya..
Cuba untuk mengamalkan isinya sebagai pedoman hidup..





'Mengapa kita begitu berat untuk hidup dengan wahyu ALLAH??..'

---TANYALAH PADA DIRI KITA---

Wahai diri,,tidakkah kamu malu kepada ALLAH??..
Mengaku cinta kepadaNYA tetapi tidak senang untuk berinteraksi dengan kalamNYA..
Sedangkan kalamNYA umpama surat cinta daripadaNYA untuk hambaNYA sebagai tanda kasihNYA..
Wahai jiwa,,tidakkah kamu merasa khuatir dengan dirimu??..
Selama ini hidup tanpa Al-Quran,,sedang usia semakin menuju ke titik akhir..
Tabungan amal soleh makin sedikit,,jaminan masuk syurga tidak ada di tangan..

YEAa,,smpai kat sini dululah post kali ni erk,,moga ade yg boleh kita ambil pedoman untuk mnjadikan kehdupan bertambah baik,,insyaAllah,, tinggalkan kekhilafan yang lalu dan upgrade jayiddan,,
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan kan3,,huhu,,,




                sekian dulu la dri sy,,mana2 yang baik datangnya dari Allah n segala kkurangan itu dtgnya dari klemahan diri sy sendiri,,=))...yg baik jdikan pedoman yg buruk jdkan smpadan,,, barakallahu fik,,
  wallau'alam,,,


No comments:

Post a Comment